Wednesday, January 30, 2013

Easiest Way To Enter Jannah.

Salam my fellow brothers and sisters :)
This entry is about sharing of my little knowlegde that i gained from the Twins Of Faith 2012
Sheikh Abdurahhman Murad :

Prophet Rasullah S.A.W once said there are 3 things which will help you enter Jannah safely,

'O people do give salam to your fellow muslim brothers/sisters,do feed the poor and pray at night while the other are sleeping and you will enter Jannah safely.

So whatcha waitting for ? its never too late to change :) Meet yaa in the next entry.InsyaAllah


jazakallahukhairan

Be Good To Others.
AAR

Sunday, January 27, 2013

Interaksi Dalam Hidup

Salam brothers and sisters,alhamdullilah i'm back for sharing bit of my knowledge with you guys.Ilmu ini saya dapat ketika meneman Ibu saya pergi ke tempat kerjanya.Ketika dalam kereta,pukul 7.30 pagi ada perkongsian ilmu di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).Jom terus kepada tajuk :D

Ulama ada mengatakan,dalam hidup kita berinteraksi dengan 4 perkara:


  • Allah (Muafaqah)
  • Nafsu Amarah (Mukhalafah)
  • Syaitan (Muharabbah)
  • Manusia (Munasaha)
apa yang dimaksudkan dengan Muafaqah,Mukhalafah,Muharabbah,Munasaha?

Jom kita kupas ! :)

Pertamanya apa yang dimaksudkan dengan Muafaqah ialah,sentiasa IKUTI

Kedua,Mukhalafah.Nafsu amarah mesti DIBANGKANG

Ketiga,Muharabbah iaitu interaksi dengan syaitan dimana kita mesti MEMERANGI terhadapnya.

Keempat iaitu interkasi sesama manusia,kita harus Munasaha.
Apa yang dimaksudkan dengan Munasaha ialah selalu BERSANGKA BAIK

InsyaAllah mungkin dengan perkongsian yang simple ini boleh membantu kita untuk "Berinteraksi" dengan cara yang betul.Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Be Good to Others
AAR

Thursday, January 24, 2013

How The Prophet Love Us ?

Assalamualaikum brothers and sisters we meet again in this section,on the conjuction of The Maulidur Rasul i would like to share with all of you some knowledge that i get when i attend the Twins Of Faith Malaysia last year.

Straight to the point what i what to share with all of you are just like the title above,HOW THE PROPHET LOVE US ? 
Here are some of the example how much love had our Prophet (peace be upon Him) love us :') 


  1. The Syahadah that you said in the solah,with sincerity.It will be the syafaat at the Judgement Day
  2. The Prophet S.A.W make du'a for every person of his ummah and guess what? HE NEVER MISS IT AFTER SOLAH !
  3. He is a leader by being servant to his ummah
  4. He will be besides of our scale in akhirah,if our scale outweighted towards the sin.He will put his deed to ours.
Last but not least,

We may be the last ummah,but because the love of Rasullah S.A.W the Jannah is open for us first ! why? because we are the Ummah of Prophet Muhammad S.A.W .MasyaAllah :')

untill we meet again in the next post,

remember,BE GOOD TO OHTERS :)
salam maulidur rasul
Jazakallah Khair



Sunday, January 13, 2013

Oreo Chocolate Truffle.

Assalamualaikum brothers and sisters yeaaah im back for the dessert :9


Le Ingriedients :
  1. a pack of Philadelphia Cheese (250g)
  2. 2 bar of milk chocolate
  3. a packet of Oreo biscuit
 
Steps:
  1. Take out the cream of the Oreo (we use only the biscuit)
  2. Crush the biscuit (use the blender)
  3. Put the Philadelphia Cheese into a bowl 
  4. Mix the biscuit and the chesee until it became silver in colour
  5. Make the mix ingridient into a small ball shape
  6. Put into the fridge for 30 minutes
  7. Heat up and melt the chocolate in the pan
  8. Take out the oreo balls and dip it into the melt chocolate
  9. Put it back the covered oreo balls into fridge and best served chill ! 
 TIPS 
  • dont add any water in while melting the chocolate,it may change the texture of the chocolate 
  • while melting the chocolate make sure you heat it up using hot water as ( instead of using direct heat from the fire)


ENJOY ! :)

KHUSYUK

Salam brothers and sisters,entri kali ni akan menekankan satu perkara utama dalam solat iaitu KHUSYUK.
yes,some says kita kena kosongkan minda ketika solat and focus on what we had recite or what we heard from the imam.Yes i know kita (Malaysian) mungkin tak dapat nak memahami semua surah surah yang dibaca tapi apa kata kita cuba untuk memahami apa yang kita sebut ketika dalam solat,ketika kita rukuk,iktidal,sujud dan tahiyat?Mungkin kita dah bertahun tahun solat,tapi still tak tahu apa yang kita sebut.

InsyaAllah this time i would like to share with all of you all of the meanings
spread the words,spread the love to Allah :)

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.